Pages

Khamis, 29 Julai 2010

kisah cinta teruna dan dara

Dara : spe yg paling kamu cintai di dunia ini???

Teruna : kamu!!!!

Dara : Menurut kamu,saya nie spe???

Teruna : (berfikir sejenak,lalu menatap Dara dgn pasti).Kamu,adalah tulang rusukku!!!


Kerana Allah melihat bhawa adam kesepian.saat adam sedang lena tidur,Allah mengambil rusuk adam dan menciptakan hawa.Semua lelaki mencari tulang rusuknya yang hilang saat menemukan wanita untuknya,tidak lagi merasakan sakit dihatinya.....



Setelah berkahwin,pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara.setelah itu,pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada.Hidup mereka menjadi membosankan.


Keyataan hidup yang kejam membuatkan mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain.Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas.Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran Dara lari keluar dari rumah.


Saat tiba di seberang jalan,dia berteriak "kamu tidak cintakan saya lagi!!!".
Teruna sangat membenci ketidak dewasaan Dara tersebut dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali dengan perkahwinan ini!!!"Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!!"


Tiba-tiba Dara terdiam,dan berdiri kaku untuk beberapa saat.Teruna menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan,tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali.Dengan berlinang air mata,Dara kembali ke rumah dan mengambilbarang-barangnya,bertekad untuk berpisah.


"kalau saya bukan tulang rusukmu,biarkan saya pergi.biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing."


Lima tahun berlalu.Teruna masih belum lagi berkahwin,tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan Dara.Dara pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali.Dia pernah berkahwin dengan seorang lelaki asing dan bercerai.Teruna agak kecewa bila mengetahui Dara tidak menunggu sepertinya.


Dan ditengah malam yang sunyi,dia meminum kopinya dan merasakan sakit dihatinya.tetapi teruna tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan Dara.Suatu hari,mereka akhirnya bertemu kembali.Di airport,tempat dimana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan,mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.


Teruna : apa khabar???

Dara : Baik..kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang???

Teruna : belum.

Dara : saya akn terbang ke New York dgn penerbangan berikut.saya akan kembali 2 minggu lagi.Telefon saya kalau kamu berkesempatan.kamu tahu nombor telefon saya kan???Tidak ada yang berubah.


Dara tersenyum manis,berlalu di hujung lafaz "selamat tinggal".....
Satu minggu kemudian,Teruna menerima khabar Dara adalah salah seorang korban menara WTC.Malam itu sekali lagi,Teruna meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya.Akhirnya dia sedar bahawa sakit itu adalah kerana Dara,tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan........

Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kpda org yang paling kita cintai dan akibatnya adalah penyesalan.Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya,akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita,semua sudah terlambat......

Kerana itu,jagalah dan sayangilah org yang dicintai sepenuh hati...sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu,apakah kata-kata yang kamu ucapkan akan menyakiti org yang dicintai???Sekiranya akan menyakitinya,sebaiknya jangan pernah dilafazkan.Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan org yang dicintai.....

Jadi berfikirlah apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan